Friday, August 11, 2017

Happy Anniversary 6 month

๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Emoji ni keluar tak agak-agak?

Hai u'olls. lama tak Aien menyepi? hehehe kesibukan melanda, dan kemalasan yang bermaharajalela. Makanya..  berhabuk jugak blog ni.. Sampai apa yang Aien pakai dari photbucket tu dah keluar dah haa..

Dari raya Aidilfitri sampai nak raya Aidiladha, baru ter-update entry blog ni. Nampak sangat life huru hura. haha dah la tu. balik la kemari.  :D

Bila tengok tajuk entry, Aien nak wish Happy Anniversary buat diri dan suami. Waa~ pejam celik dah hampir setengah tahun kami bersama.


" Dah ada isi belum?"

Soalan yang paling tak boleh elak. Well, rezeki belum ada lagi. In shaa Allah akan datang. ๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—

Selama 6 bulan, perubahan paling ketara of course la kita duduk di negeri asing dan orang yang kita kenal hanyalah sang suami.

Aien terfikir masa raya hari tu, apakah raya tahun ni bermakna buatku?

Bahagia raya berdua bersama orang tersayang. Tapi, ianya takkan sama dengan keluarga kita sendiri. kan? Ye. Tak dinafikan keluarga suami keluarga kita juga, tapi mereka adalah saudara baru yang kita kenal. Yang masih melalui proses suai diri dan sebagainya.

Alhamdulillah suami memahami dan raya haji ni Aien balik. yeay..

Balik yeay~ nampak x bahagia dapat balik. hahaha

Hilang dah idea nak cerita apa bila cuba nak upload gambar dari hp ni. haa~ yer.  Aien update guna hp ke. xcukup quota untuk bukak hotspot. haha

janji update kan. Aien harap in shaa Allah ada rezeki nak ubah suasana blog ni. bila tu xpasti, tapi niat dah ada di hati. Apa2 pun stay healthy you guys.

till we meet again..


No comments:

Post a Comment

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Instagram

Pinterest