Tuesday, May 23, 2017

Bergedil Daging Mak Terchenta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Amboi~ Aien naik terus je naik resepi yer. 

Terima kasih buat adinda Sofie Adie, yang mengajak kakaknya untuk join contest ni. 

Ramadhan tak lama akan mengunjungi kita? Adakah anda semua bersedia? Menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana diizinkan berjumpa lagi dengan Ramadhan 1438 ni. Moga Ramadhan kali ni, kita bersama-sama meriahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ni dengan amal ibadah. Amiin~ 

Moga kita menjadi orang yang soleh yang teruja berjumpa dengan Ramadhan, bulan yang sangat dirahmati oleh Allah SWT. 

Tahun ni, first Ramadhan Aien bersama suami di perantauan. Selalunya macam tahun-tahun sebelumnya, memang la Aien study kat Semenanjung ni, tapinya tiap kali dekat raya tu mesti dah cuti. So, ada jugak kesempatan berbuka puasa bersama family. Tahun ni, Aien sendiri kena create suasana meriah tu berdua dengan cik husband. haha

Bila dah berjauhan macam ni, benda yang paling teringat sekali adalah menu berbuka tu la kan. Of course~ 
Sejak beberapa tahun yang lepas, mak Aien ada amek bazaar Ramadhan, saja tambah rezeki nak raya. Biasanya menu jualan adalah donut coklat pelbagai rasa, tart telur, Bergedil, popia dan macam-macam lagi jenis kuih. 

Makanan favourite Aien tiap kali berbuka adalah Bergedil Daging dengan Air Lemon Biru tu. Siapa yang biasa ke Bazaar tiap kali Ramadhan dan pasar malam pun ada je air ni. 

So, Aien nak share resepi yang selalu mak Aien buat dan percaya atau tidak, bergedil daging mak Aien selalu habis awal. So, uolls nak tahu apa rahsianya, meh la jenguk sini.  
 Biasa saiz dia dari kecik sehingga besar tapak tangan budak. Daripada harga 50 sen sampai la RM 1.50 pun ada tau. Isi dalamnya kadang-kadang ada yang sedap ada yang so-so.. tapi bila mak buat, semua sedap kan? 



Bahan-bahan yang anda perlukan adalah: (hidangan 2 orang)

8 biji kentang (dikupas dan direbus terlebih dahulu)
200 g daging kisar 
4 batang daun sup
4 batang daun bawang
Sedikit lada hitam
Sedikit Knorr cukup rasa
Sedikit garam


Bahan goreng: 

3 biji telur
Minyak secukupnya


Cara-cara membuatnya:

1. Bila kentang tadi dah direbus, lenyakkan kentang tersebut sehingga semuanya lumat dan menjadi seperti doh. Simpan tepi.

2. Kemudian, tumis daging kisar tadi. Biarkan sehingga naik aromanya. 

3. Masukkan perencah cukup rasa Knorr dan lada hitam serta garam secukup rasa. 

4. Kemudian,  masukkan daging ke dalam doh kentang tadi. 

5. Masukkan daun sup, daun bawang. dan gaulkan bersama semuanya. 

6. Selesai adunan, boleh la bentukkan doh tadi seperti bola kecil. Nanti nak masak boleh leperkan sedikit.

7. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. 

8. Panaskan minyak. 

9. Masukkan bergedil yang sudah dileperkan ke dalam telur, dan goreng sehingga kuning keemasan. 


Tara~~


Siap~ dah bergedil anda!! tahniah. 

Ya Allah, laparnya bila cerita pasal makanan iftar ni. huwaaa~ nak balik umah mak~

hehe emo pulak.. 

Terima kasih lazada yang membantu serba sedikit dapur Aien untuk siapkan menu ni. 
Apa yang Aien pakai? 

Of course la~


Pasti Sedap! Murah je kat Lazada~

Bila sebut murah, Lazada sedang mengadakan sale Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya besar-besaran dari 19 May sehingga 30 Jun sempena lebaran ni. Apa lagi, jom la sambar apa yang patut untuk rumah anda. 

Aien dah banyak yang masuk wishlist ni, tinggal nak tapis-tapis ikut kemampuan je. haha

Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut yer... 


Shopping jangan tak shopping~ 

Salam Ramadhan yer kawan-kawan... 

:D

Kalau ada team blogger yang nak sertai contest ni, moh ler kita meriahkan lagi. Makin ramai lagi seronok kan? 

Klik link ni yer geng~


Selamat mencuba~



9 comments:

  1. amboi! dah siap hah entrynya...laju nau! hehehhe

    all the best!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya bergedil itu.. Meh hantar sini sikit.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu Aien buat version Aien sendiri pulak yer.. hehe

      Delete
  3. Oh kakak Sofie Adie rupanya..
    Salam perkenalan & Salam Ramadhan diucapkan.

    Sedap begedil daging, saya suka sbb simple.
    By the way good luck! 💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe salam perkenalan jugak sis~

      Delete
  4. Replies
    1. sedap kan?? try test buat jom....

      Delete
  5. wahh sedapnya.nanti nak cuba resipi ni.tq ye sbab share..skrg sye tengah blogwalking.done follow blog comel awak ni harap followback blog baru saya ye tqvm :)

    ReplyDelete

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Instagram

Pinterest